Cara Pakai Tudung Selendang Panjang Paling Mudah

Kak Zura ni sebenarnya suka tengok orang pakai tudung selendang.. macam-macam gaya lilit dan pusing-pusing, tapi tak berapa pandai. Nak juga cantik macam nealofa.. tengok tudung-tudung yang nealofa pakai pun mudah pakai. Jadi Kak Zura nak kongsikan video untuk you all yang comey comey belako tu follow. Kak Zura ada kumpulkan pelbagai cara pemakaian dan penggayaan shawl yang sesuai untuk anda gayakan mengikut citarasa anda. Fesyen-fesyen berikut amat sesuai digayakan semasa melakukan apa juga aktiviti harian anda.

 

Cara Pakai Tudung Selendang Sesuai

Fesyen selendang dalam kalangan wanita muslimah telah berkembang dengan pesat dan pelbagai jenis penggayaan selendang telah tercipta. Di dalam entri ini, kami akan sediakan senarai fesyen selendang yang cantik dan menarik. Anda bolehlah memilih dan mencuba mana-mana sahaja fesyen berikut. Mungkin ada di antaranya merupakan fesyen yang tidak pernah anda cuba sebelum ini.

Tunggu apa lagi? Cubalah fesyen-fesyen yang ada di bawah ini dan anda pasti akan terkejut dengan perubahan yang terjadi pada penampilan anda!

 

 

Bagaimana Nak Pilih Fesyen Tudung

Gaya pemakaian selendang ini sesuai untuk semua peringkat umur. Selendang yang kelihatan loose atau longgar yang terbentuk pada bahagian leher menjadikan fesyen selendang ini tampak selesa dan tidak merimaskan, lebih-lebih lagi dalam cuaca yang panas di mana tubuh badan anda memerlukan pengudaraan yang bagus. Cuba anda bayangkan anda sendiri memakai fesyen selendang sebegini. Pasti anda akan berasa selesa, sejuk dan nyaman sepanjang hari di tempat kerja mahupun di mana-mana anda berada. Pemakaian shawl seperti ini sangat praktikal, sangat mudah digayakan dan juga unik.

 

Kesesuaian

Gaya ini sesuai untuk dipakai sama ada ke majlis formal ataupun santai.

 

Jenis kain shawl yang sesuai

Contoh material kain yang sesuai untuk gaya shawl ini adalah kain kapas.

 

Padanan yang sesuai

Boleh digayakan bersama blaus, jubah atau seluar. Rantai atau jarum peniti aneka warna juga boleh dipadankan untuk menyerlahkan gaya ini.

 

So, macam mana? Dah ada idea ke esok nak ikat tudung macam mana? Biar suami pandang tak berkelip.. baru semakin sayang.. ko ghano?? Heehehehe..

 

Leave a Reply