10 Tips Agar Seks Lebih Hot Wanita Perlu Tahu

Setiap wanita pasti ingin tampil seksi dan hot bila bersama suami. Sesi bercinta boleh menjadi rempah yang menyenangkan jika anda menikmatinya sekaligus memberi kepuasan pada suami.
Start-by-Talking-about-Your-Needs
Cadangan terbaik dari suami yang inginkan pasangan mereka hot dan seksi adalah seperti berikut:
  1. Tidak perlu malu sesekali memakai sarung kaki seksi atau pakaian lingerie yang sangat seksi. Suami anda pasti teruja dengan penampilan anda
  2. Anda tidak perlu pandai menari, tetapi sesekali cuba pasang lagu seksi, kemudian menarilah dengan gerakan seksi.
  3. Ingin suami pulang cepat? Hantar mesej kepada beliau dengan menulis isi yang menggoda. “Sayang, cepat pulang ya! I ada surprise yang hot untuk you,” semestinya, dia akan pulang ke rumah lebih cepat untuk mendapatkan kejutan tersebut.
  4. Sentiasa cuba posisi baru, jangan pernah malu untuk memintanya terlebih dulu pada suami.
  5. Ingin suami menyentuh anda di kawasan-kawasan tertentu? Bimbing tangannya meneroka kawasan yang anda inginkan. Sesekali buat suara desahan yang menggoda. Ini tidak hanya memuaskan anda, tetapi juga membangkitkan ghairah suami.
  6. Rawat kawasan intim anda. Usahakan agar rambut kemaluan rapi.
  7. Berikan servis hand job atau oral seks. Sesekali bermainlah di bahagian bola-bola tersebut. Bahagian itu sensitif, tetapi dengan sentuhan tepat, suami boleh ketagihan.
  8. Selama anda dan suami merasa selesa, gunakan sex toys yang akan membuat kehidupan bercinta lebih berwarna dan tidak membosankan. 
  9. Jangan diam tanpa suara ketika sedang berasmara, keluarkan suara desahan atau teriakan ringan. Ini tidak hanya menyalurkan hasrat anda, kerana lelaki akan lebih bersemangat mendengar teriakan pasangannya.
  10. Mulakan dengan mandi bersama dan sedikit pemanasan di bilik mandi. Anda dan suami akan mencari sensasi yang berbeza di bawah shower mandi.

[su_note note_color=”#fff166″ text_color=”#d92c23″]Sunat dimulai dengan menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil. Kemudian menyebut :

باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي

“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.

Dan baca doa terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan kelamin, bagi melindungi mereka dan zuriat mereka dari gangguan syaitan. Doanya seperti berikut;

بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Maksudnya: “Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan.”

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas” “Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :

اللـــّــــــــهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Erti maksudnya ialah; “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami.“ Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.[/su_note]

Semoga apa yang Kak Zura kongsikan ini memberi manafaat kepada anda..

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.