12 Punca Haid Tidak Teratur

Kak Zura yakin ramai wanita ataupun rakan-rakan pembaca blog Kak Zura yang hadapi masalah haid tak teratur.. kat bawah nih Kak Zura sertakan 12 PUNCA HAID TIDAK TERATUR

1-KEGEMUKAN – berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

2-KEHAMILAN – haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!!

3-BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN – hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

4-TERLALU KURUS – tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

5-MASALAH KESIHATAN – sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

6-MENOPAUS – ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

7-PENCEGAH HAMIL – pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

8-TEKANAN/STRESS – stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

9-PENYUSUAN BADAN – sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

10-TERSILAP PENGIRAAN – 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke ‘hari subur’ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

11-MASALAH TYROID – hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

12-UBAT-UBATAN – jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

(Sumber: Majalah Pa & Ma)

haid tidak teratur

Suplemen Tambahan :

GLA Complex – mengawal dan memperbaiki paras hormon dalam badan kerana biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon

Vita Lea – elemen penting untuk sel tubuh kerana mengimbangi nutrien di dalam badan dan merupakan pelengkap nutrisi

B-Complex – untuk sistem reproduktif yang lebih sihat dan mengurangkan gejala stress dan depresi.

ESP – baik untuk hormon supaya lebih stabil dan ia kaya dengan Isoflavon yang mana ia mampu mengimbangi ketidakseimbangan hormon pada wanita.

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.