7 Perkara Yang Akan Membuatkan Suami Lebih Terangsang Terhadap Anda

Harini Kak Zura nak share satu artikel yang menarik untuk kita sebagai seorang isteri biar suami lebih terangsang dengan kita.. Tak de niat apa-apa pun, sekadar berkongsi untuk manafaat kita bersama.. Kadang-kadang kita terlupa dan membuatkan hubungan kita dengan suami semakin dingin bila rumahtangga dah berbelas tahun.. Apa kata kita cuba semarakkan balik seperti malam pertama gitu.. hehehe.. Baca sampai habis ya.. 🙂

7 PERKARA PENTING BUAT SUAMI TERTARIK

Perkara pertama : Pakaian yang seksi.

Di rumah, anda janganlah pakai pakaian yang hodoh – hodoh. Pakailah pakaian yang seksi dan boleh membuatkan mata suami anda terangsang dengan anda. Jika anda anak dan malu, anda boleh pikat suami menerusi pakaian tidur yang seksi.

Perkara kedua : Yakin secara seksual.

Ketika anda sedang berdua dengan suami anda, lentikkan badan anda dan goda dia. Suami anda akan lebih terangsang jika anda yakin dengan daya seksual anda. Senyum dan pose yang seksi boleh memberi rangsangan kepada suami anda.

Perkara ketiga : Berjalan dengan yakin.

Ketika anda berjalan, anda jalanlah dengan penuh keyakinan. Kebanyakan lelaki akan terangsang apabla dia melihat seorang wanita berjalan dengan penuh yakin.

Perkara keempat : Pandai bermain mata dengan suami.

Dari mata turun ke hati bukanlah ungkapan omongan kosong tetapi ia adalah kebenaran. Sentiasa bermain mata dengan suami anda kerana setiap kali anda memandang dia dengan kasih sayang, dia akan lebih terangsang dengan anda.

Perkara kelima : Sentiasa sentuh suami anda.

Apabila anda duduk bersahaja berdua, sentiasalah menyentuh suami anda. Sentuhlah dia dengan penuh kasih sayang. Sentiasa pegang tangannya dan raba dia di mana anda sahaja anda berada. Setiap kali anda ada kesempatan, anda sentuhlah dia. Sentuhan pasti akan merapatkan hubungan anda berdua.

Perkara keenam : Pakai perfume yang boleh menggoda.

Belilah perfume yang boleh menggoda nafsu suami anda ketika dia bau. Bagaimana nak pilih? Baca di sini: tips pilih minyak wangi

Perkara ketujuh : Sentiasa bertanya khabar dan bercakap dengan suami anda.

Suami akan lebih terangsang pada isteri yang selalu mengambil berat akan hal dirinya. Ia terjadi kerana perasaan cinta.

so.. apa lagi??? START NOW!!! 🙂

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.