8 Cara Untuk Melakukan Senaman Di Rumah Tanpa Sebarang Peralatan

Ramai yang pm atau email Kak Zura memberi alasan mereka tiada masa untuk buat senaman.. Balik kerja dah lewat dan penat masak dan layan kerenah anak-anak.. Sebenarnya.. masa tu ada, kita saja tak guna.. takkan laaa 5 minit pun takde masa.. Cuba buat satu jadual untuk anda betul-betul ada masa untuk diri anda sendiri…

Baiklah.. untuk yang busy sangat dengan kerja depan komputer sampai tidak ada masa nak bersenam boleh cuba 8 cara ini.. Tak perlu guna apa-apa peralatan pun.. Boleh buat kat rumah je, tak perlu gi gym bagai..

 

1. BERJALAN – Gunakan tangga di rumah anda untuk melakukan senaman. Sekiranya rumah anda tidak mempunyai tangga, anda Cuma perlu berjalan sekitar rumah untuk beberapa pusingan kerana ia akan membantu anda untuk otot kaki. (video)

walk_jalan

2. LOMPAT KATAK – Melompat seperti katak amat mudah,  kanak-kanak pun boleh buat. Tapi apa kata lompat kebelakang pula? Senaman ini bagus untuk memanaskan badan dan juga untuk senaman kardio. (video)

lompat_katak

3. PUSH UP – Ini mungkin kegemaran semua orang tetapi percayalah ia boleh menjadi cara yang sangat senang untuk melakukan push up . Lakukan pada lutut anda daripada meluruskan kaki anda. Anda juga boleh mencuba dengan berdiri pada dinding. Anda akan membina kekuatan lengan dan bekerja di luar otot di kawasan dada anda (video)

pushup

4. NAIKKAN KAKI – Senaman ini bagus untuk menguatkan dan membina otot pada kaki anda. Sekiranya anda berasa sukar untuk luruskan kaki anda, cuba bengkokkan sedikit. Ia pasti berhasil! (video)

luruskan_kaki

5. BERJOGGING SETEMPAT – Joging merupakan senaman yang bagus untuk hati. Anda boleh berjoging sambil menonton tv atau mendengar muzik di rumah. (video)

jogging

6. CRUNCHES – Latihan terbaik untuk membina dan menguatkan otot-otot perut. Apabila anda baru bermula, jangan bimbang kalau anda tak dapat nak naikkan kepala anda sampai ke atas. Selagi anda berasa regangan otot, itu sudah memadai. (video)

Crunches

7. SQUAT – Ini adalah latihan yang baik untuk kaki dan punggung anda. Anda boleh cuba dengan duduk dan berdiri semula dari kerusi tetap. Lakukan senaman ini untuk beberapa kali dan ia akan memberi manfaat kepda tubuh anda. (video)

squat

8. MENARI – Menari meupakan satu senaman yang sangat indah kerana ia bagus untuk hati anda. Malah, ia boleh menaikkan semangat anda! Banyak video-video boleh ikut dalam youtube nak menari, berzumba or belly dancing.. cuba ya???

psy-gangnam-style-5

Kerja, kerja jugak. Jangan abaikan kesihatan ye..

Artikel dari: www.veedo.my

 

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.