9 Tips Untuk Miliki Punggung Mantap

Punggung wanita adalah salah satu daya penarik hebat di mata lelaki. Untunglah sesiapa yang memiliki bentuk punggung mantap dan seksi!

Seorang  lelaki boleh mengagumi bentuk tubuh seorang wanita  itu meskipun  hanya melihatnya dari belakang! Bercakap tentang punggung, biasanya kaum lelaki lebih suka dengan bentuk punggung wanita yang mantap seperti bentuk gitar. Bentuk sebegini dianggap cukup seksi dan mempersonakan. Mungkin pada ketika ini ramai wanita yang masih belum tahu bagaimana caranya untuk memiliki bentuk punggung yang sebegitu.

senaman-cantikkan-punggung-mantap

 

9 Perkara Anda Perlu Tahu Untuk Miliki Punggung Mantap

1. Jangan mengambil hidangan yang terlalu berat ketika sarapan.  Anda boleh mencuba mengambil sarapan dengan segelas susu rendah lemak dan semangkuk bijirin.

2. Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap. Langkah ini dapat meningkatkan kadar metabolisme badan untu membakar kalori setiap hari.

3. Bahagikan waktu makan anda kepada lima kali. Tiga kali untuk hidangan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Manakala dua lagi untuk snek ringan.

4. Mulakan program 10, 000 langkah sehari, lebih banyak kalori yang terbakar setiap hari. Cara mudah untuk membentuk bahagian badan ini ialah dengan berjalan kaki. Jika inginkan yang terbaik, lakukan senaman naik turun tangga.

5. Elakkan makanan pedas. Pengambilan makanan sebegini membuatkan pengumpulan lemak di bahagian paha dan pinggang akan bertambah teruk. Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan seperti buah pir, elakkan makanan ini sama sekali.

6. Hati-hati pada jam 4.30 petang. Hal ini adalah kerana waktu ini merupakan waktu paling bahaya untuk mengambil hidangan snek. Kadar tenaga berada pada tahap yang paling rendah dan jika anda mengambil snek yang bergula, pastikan anda melakukan senaman naik turun tangga untuk lima minit.

7. Elakkan memakai seluar atau pakaian yang terlalu ketat di bahagian punggung. Seluar atau pakaian ketat di bahagian punggung bukan membuatkan punggung nampak menonjol tetapi bentuk punggung akan menjadi tidak rata.

8. Berat badan yang berlebihan boleh mempengaruhi bentuk punggung kerana lemak akan menutupi otot dan membuat punggung menjadi melorot. Oleh itu aturlah pola pemakanan yang sihat dengan mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi protein serta mengambil vitamin yang baik untuk tubuh untuk menyingkirkan lemak yang berlebihan.

9. Elak duduk terlalu lama hingga beberapa jam dalam satu masa. Tabiat duduk terlalu lama dalam jangka masa yang panjang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh khususnya bahagian punggung.

 

Banyak lagi tips-tips menarik yang ingin Kak Zura kongsikan kepada anda semua.. jangan lupa baca resepi-resepi untuk diet di https://www.hazurahashimbani.com/cooking-recipe/category/resepi-diet/

 

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.