Apa Itu Selulit Dan Penyebabnya

Artikel kali ni best sangat-sangat Kak Zura nak share.. rasanya ramai wanita hadapi masalah selulit, terutama sekali kat perut dan peha. Kak Zura nak cerita sedikit apa itu selulit dan penyebabnya. Baca ya?

 

Apa Itu Selulit?

Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan  struktur kolagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein. Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’ (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.

Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada.

So, sekarang macam mana? Dah faham ke apa itu selulit?

 

apa itu selulit

 

 

Bagaimana Selulit Boleh Terjadi

1) Memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.

2) Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.

3) Pengambilan lebihan makanan seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam

4) Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit

5) Pengambilan kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.

6) Faktor fizikal ini terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit

7) Berdiri terlalu lama, berat badan yang bertambah (obesiti) dan tidak melakukan senaman

 

Beberapa wanita mengalami masalah selulit di kulitnya. Walaupun selulit sering muncul di bahagian kulit yang tersembunyi, tetap saja membuat wanita tidak percayakan pada diri sendiri. Oleh itu kaum wanita harus lah berhati-hati dengan makanan tertentu yang dapat menyebabkan selulit. Walaupun selulit tidak bahaya dari segi kesihatan tetapi selulit tetap nampak tidak cantik pada kaum wanita yang boleh menyebabkan seseorang itu merasa malu atau rendah diri.

Kak Zura ada satu produk yang cukup luar biasa hebatnya.. yang boleh bantu atasi masalah selulit anda itu dalam masa 8 jam sahaja, Insya-Allah.. Produk Alpha Lipid Anti Cellulite Mousse ini adalah produk terbaru yang akan launch pada 13hb Mei 2017.

 

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.