Punca Masalah Kulit Wajah Tak Sekata Yang Ramai Wanita Ambil Mudah

KENAPA KULIT WAJAH TAK SEKATA?? Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Masalah Ini?

Rata-rata customer yang pm Kak Zura mempunyai masalah kulit tak sekata. Jadi bila makeup jadi tok berapo comey.. Harini Kak Zura nak share punca dia dan bagaimana cara nak atasi masalah ini..

Pancaran Cahaya Matahari

 

6 Penyebab Kulit Wajah Tidak Sekata

  1.  Sinaran cahaya matahari : Apabila kulit selalu terdedah kepada cahaya UV, terjadinya kemusnahan pada kulit maka pembentukan tompok coklat akan terjadi. Ini kerana terlalu banyak melanin (sel yang mengawal warna kulit) terhasil kerana kulit bertindakbalas untuk melindungi kulit daripada cahaya UV.
  2.  Akibat parut jerawat dan kulit luka : Kulit tidak sekata apabila sesetengah bahagian pada kulit menjadi lebih gelap daripada warna yang asal. Ini disebabkan oleh parut akibat jerawat atau kulit yang luka.
  3.  Hormon : Kulit tidak sekata juga disebabkan oleh hormo yang mengeluarkan jeragat yang aktif (hyper-pigmentation) . Selalunya kulit tidak sekata ini terjadi kepada orang yangmengandung. Dimana ia juga dikenali sebagai ‘’mask of pregnancy’’ , mengambil ubat pil kehamilan,ubat ,ataupun reaksi kepada kosmetik. Ia boleh mengurang atau melebihkan pengeluaran melanin.
    POTENSI PIGMENTASI : 75% – orang yang mengandung. 33% – ubat pil perancang. Tetapi apabila setelah bersalin dan tidak mengambil ubat pil perancang lagi,hormon kita akan berubah. Pigmentasi akan berkurangan atau sesetengahnya pigmentasi terus akan hilang.
  4.  Tidak memakai krim pelindung tabir ( sunscreen) yang tidak cukup SPF juga akan menyebabkan sesetengah bahagian kulit berisiko menjadikan kulit lebih gelap dari kulit asal.
  5. Selalunya orang hanya memakai sunscreen apabila ingin keluar rumah sahaja. Tetapi apabila di rumah,telah membiarkan muka tanpa pakai apa-apa perlindungan. Maka cahaya matahari masih boleh terpancar melalui ruang dapur, balkoni. Kulit tetap akan jadi tidak sekata.
  6. Bawah mata selalu terjadinya warna tidak sekata ini. Ini kerana selalunya terjadi kepada sesiapa yang selalu tidur lewat, dan memandang computer dalam jangka masa yang lama. Pembentukan toksin akan terbentuk dan terkumpul hinggak terjadi nya dark eye ring.

 

PENYELESAIAN BAGI KULIT TIDAK SEKATA IAITU:

1. Elakkan berada di luar rumah terlalu lama terutamanya di bawah pancaran matahari di antara pukul 10 pagi hingga 4 petang kerana cahaya matahari pada waktu ini akan memberi kesan buruk pada kulit.
2. Gunakan krim pelindung terutamanya yang mempunya SPF 30 atau lebih pada wajah. Sapukan krim sekurang-kurangnya setiap dua jam pada wajah atau bahagian tubuh lain yang terdedah pada sinaran matahari.
3. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
4. Pakailah pelindung kepala lebar seperti topi besar atau payung (sekiranya kulit terdedah lebih lama kepada matahari) dan berehatlah di tempat yang teduh untuk satu-satu tempoh memadai.
5. Cuba elakkan membuat jemuran kain di kawasan yang terlalu trdedah pada pancaran matahari. Jika tidak dapat dielakkan, jemurlah pakaian anda sebelum jam 10 pagi.
6. Sentiasa membersihkan kulit wajah dan melembapkannya 1 hari untuk 2 kali.
7. Scrub lah muka anda dari semasa ke semasa . ( anda boleh menggunakan lemon + coffee ) untuk menghilangkan warna tidak sekata ini.
8. Sapukan buah lemon yang segar pada tempat kulit yang gelap tetapi berhati-hatilah supaya cuci sebelum keluar di bawah cahaya matahari.
9. Gunakanlah ( apple cider vinegar) iaitu cuka epal keatas bahagian yang gelap itu.
Caranya : 1 BAHAGIAN CUKA EPAL + 4 BHGN AIR.
Celupkan dengan kapas dan sapu pada wajah selama 10 minit,dan bolehlah di cuci. Buatlah selama 3 hari seminggu Tetapi jika anda tidak mempunyai masalah jerawat atau jerawat telah pulih,bolehlah cara ini digunakan sebagai mask. Guna sebelum tidur dan basuh selepas bangun pagi.
Pigmentasi : campurkan jus bawang bersama cuka epal. Kemudian celup padakapas dan letak pada kawasan pigmentasi itu. Lakukan 1 kali sehari selama 6 minggu. Jika anda lihat ada perubahan,maka boleh diteruskan cara ini.
10. Banyak makankan buah epal. Kerana epal dapat membantu.
11. Mengambil makanan tambahan seperti vitamin.

[su_quote]CARA PALING MUDAH Kak Zura syorkan GUNA PRODUK B’VENIN – Anda boleh nampak kesan dalam masa 7 hari.. [/su_quote]

 

BAHAGIAN KULIT WAJAH YANG SERING KALI TERKENA KULIT TIDAK SEKATA

1. Sekeliling tepi mulut.
2. Bawah mata
3. Sekitar pipi ( atas cheekbone) –pigmentasi / tompok coklat.
4. Dagu
5. Dahi. Jika lama –kelamaan dibiarkan, setiap bahagian ini boleh bercantum menjadi 1 patch ( gabungan).

klik di bawah untuk melihat produk merawat jeragat berkesan

testimoni bvenin wajah tak sekata

Masalah Kulit Wajah Sekata Berkurangan Dengan Produk B’VENIN

Lain-lain testimoni boleh tengok di sini: http://bvenin.com/testimoni/

Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Kak Zura ya.. InsyaAllah Kak Zura boleh bantu..

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.