Bagaimana Nak Atasi Masalah Hormon Yang Tidak Stabil?

Hormon mempunyai peranan penting dalam kesihatan tubuh manusia, bukan hanya berkaitan dengan seks sahaja tetapi juga berkaitan dengan seluruh aspek hidup seseorang. Maka dari itu sangat penting sekali untuk kita menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh untuk menjaga kesejahteraan fizikal dalam hidup. Kerana dengan keadaan hormon yang tidak seimbang boleh mencetuskan pelbagai kesan sampingan yang akan terjadi diantaranya seperti tumbuh jerawat, kurang nafsu seks, haid menjadi tidak teratur, stress dan lain sebagainya.

 

Pemakanan Stabilkan Hormon

Tips kalini Kak Zura nak share selepas Kak Zura sendiri pernah alami masalah hormon yang tidak stabil. Kak Zura juga terima ramai sangat pm atau whatsapp yang minta Kak Zura bantu mereka untuk turun berat badan. Rata-rata bila soalan pertama yang ditanya, “Hormon stabil ke?”. Ramai yang bagi tahu, hormon mereka tak stabil. Period tak teratur. Ada yang berbulan-bulan tak datang period pun ada. Ada yang datang 3 bulan sekali. Emmmmm… i know how they felt, cause i’ve been through the same problem..

Kak Zura akan kongsikan apa yang Kak Zura amalkan. Waktu pagi, apa yang mula-mula Kak Zura minum adalah

  1. 2 sudu besar madu
  2. secubit biji halba
  3. secubit biji kas-kas
  4. 2 sudu besar minyak zaitun
  5. 2 sudu besar Aloe Vera +150ml air

aloe in a bottle

Malam pula Kak Zura amalkan

  1. 2 biji habatusauda gel
  2. 2 biji phytonatal Nonaroguy
  3. 1/2 cawan air kunyit + asam jawa + manjakani + halia (2 x seminggu sahaja)
  4. blend 1 biji apel hijau
  5. 2 biji kapsul kacip fatimah

 

Amalan Harian Stabilkan Hormon

Perubahan hormon itu sendiri boleh disebabkan oleh perubahan ostrogen yang sering terjadi pada wanita berbanding lelaki. Selain disebabkan oleh perubahan estrogen, ia juga disebabkan oleh faktor usia, pola makan yang tidak sihat, stress, kurang tidur dan banyak lagi. Salah satunya untuk mengatasi hal ini ialah dengan mengambil makanan sihat, cukup tidur, lalukan senaman dan kurangkan minum kopi. InsyaAllah boleh stabilkan hormon anda..

Kak Zura harap tips ni boleh bantu anda semua..

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.