11 Cara Paling Mudah Bagaimana Nak Miliki Berat Idaman?

Salam sejahtera buat semua pembaca blog Kak Zura ini.. Apa khabar harini?? Sihat??

DALAM merangka rancangan untuk menurunkan berat badan, kadangkala pantang larang yang perlu diikuti memang memeningkan hingga ramai menganggap ia sesuatu yang merumitkan.

Ini kerana pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk memerhatikan kandungan khasiat, jumlah protin, lemak serta karbohidrat yang sesuai bagi memastikan impian untuk menurunkan berat badan dapat dicapai.

Namun kini, tiba masa bagi masyarakat mencuba jalan mudah dalam usaha menurunkan berat badan tanpa memerlukan sebarang kiraan matematik.

Menerusi 11 cara mudah yang perlu dilakukan setiap hari, seseorang itu berpeluang memiliki berat badan diidamkan dan selesa dengan sajian makanan terhad yang dinikmati sebelum ini.

Cara pertama adalah harus sentiasa menikmati hidangan pencuci mulut biarpun lazimnya ramai yang enggan makan sajian kerana kerana bimbang kandungan kalorinya.

Penulis buku The Volumetrics Eating Plan, Dr Barbara Rolls, mengakui sering mengakhiri hidangan makannya dengan menikmati pencuci mulut enak seperti coklat.

“Biarpun ia dinikmati dalam kuantiti sedikit, ia dapat memberi isyarat hidangan sudah berakhir,” katanya.

Cara kedua, kertas pengesat tangan yang disediakan di sesebuah restoran juga dapat membantu dan mempunyai fungsi penting.

Sebagai contoh, jika menikmati piza, anda boleh mengeringkan lemak di atasnya menggunakan kertas berkenaan. Ia mungkin melecehkan bagi sesetengah orang tetapi bayangkan jika lemak berkenaan dikumpul untuk setahun, pasti jumlahnya menakutkan.

pria-gemuk-makan-pizza-hut

 

Kajian yang dilakukan Universiti Tennessee, baru-baru ini pula mendapati mengambil hidangan yang mengandungi 1,800 miligram kalsium sehari seperti susu dapat menghalang penyerapan 80 kalori.

Justeru, cara ketiga adalah mulakan pengambilan kalsium dengan mencampurkan satu peratus susu dengan minuman kopi kegemaran untuk mengurangkan kandungan kalori.

Namun, boleh juga mencuba cara keempat iaitu sentiasa memesan burger kegemaran bersama pisau plastik.

Biarpun kedengaran agak melucukan, sebenarnya pisau berkenaan amat penting untuk membuang lebihan krim keju serta mayonis yang meleleh keluar daripada burger berkenaan. Dengan itu, anda boleh mengetepikan hampir separuh kalori yang terkandung dalam makanan itu.

Cara kelima pula adalah mengambil makanan pedas yang boleh meningkatkan metabolisme badan secara sementara. Sebagai cadangan, nikmati minuman tenusu seperti dadih bersama ayam pedas.

Untuk cara keenam, banyakkan mengambil buah-buahan berkulit nipis yang boleh dikupas. Kandungan serat cukup banyak dalam kupasan berkenaan sama ada kentang, epal atau pear. Untuk oren pula, usah dibersihkan keseluruhan buah itu kerana bahan putih berjurai di luar oren banyak mengandungi flavonoid.

Cara ketujuh pula, jika berkunjung ke pasar raya, jangan lupa membeli sayur-sayuran segar yang sudah dipotong. Biarpun harganya agak mahal tetapi ia berbaloi untuk membuatkan anda lebih menghargainya.

“Jadikan sayuran berkenaan sebagai snek kurang tenaga sebanyak mungkin. Untuk itu, pastikan sayuran sentiasa diletakkan berdekatan dengan tangan bagi mudah dicapai dan anda pasti tiada alasan untuk mengelakkannya sebagai sajian,” kata Dr Barbara.

Jika anda mempunyai tabiat makan daripada bekas makanan yang dibeli, ia sebenarnya kurang baik untuk diamalkan. Jika membeli makanan dari kedai, letakkannya di dalam pinggan terlebih dulu sebelum makan kerana otak sebenarnya harus melihat makanan di dalam pinggan.

Habiskan apa yang ada dalam pinggan dan kemudian berhenti.

Dr Barbara dalam kajiannya turut mendapati memulakan sesuatu hidangan dengan menikmati salad boleh membantu mengurangkan
12 peratus jumlah kalori yang diambil.

atkins-diet-day-16

 

“Tetapi, jauhi kepingan roti bakar kecil dan kuah berkrim yang boleh mendatangkan kesan berlawanan,” katanya.

Selain itu, cuba cari jalan terbaik bagi memastikan tangan anda sentiasa sibuk dengan melakukan kerja dan tidak
tercari-cari makanan untuk dikunyah.

Untuk itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan antaranya menyulam, melukis serta membabitkan diri dalam bidang pertukangan.

Ketika berada di pejabat pula, cuba untuk berehat atau berhenti sebentar sekurang-kurangnya 10 minit. Ini kerana jika minda terkeliru seketika daripada fokus kerja kepada makanan, ia mungkin disebabkan betul-betul lapar atau berasa bosan dengan bos.

Ambil kesempatan berkenaan untuk berehat seketika tetapi jika selepas 10 minit kemudian masih terfikir mengenai makanan, kemungkinan besar anda benar-benar lapar.

Justeru, anda boleh mengambil peluang itu untuk menikmati salah satu daripada sembilan hidangan daripada buah-buahan
serta sayur-sayuran yang diperlukan setiap hari.

Paling menarik untuk dicuba adalah nikmati hidangan kegemaran sekali sekala. Ini kerana, terlalu banyak pantang mungkin masih tidak menjadikan anda kurus atau gembira.

Lantas, nikmati apa saja hidangan yang dimahukan sekali atau dua kali seminggu. Ia pasti menggembirakan anda.

Enjoy je your life.. namun begitu kesihatan kena jaga.. 

Salam Ceria,

Kak Zura

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.