Bagaimana Penyanyi Adele Boleh Kurus Cepat?

Kak Zura memang terkejut dan teruja bila tengok gambar terbaru Adele.. Ada yang dah tengok ke gambar beliau yang sangat slim sekarang ini??

Kemunculan terbaru penyanyi Adele sekitar Oktober lalu telah menarik perhatian ramai apabila tampil dengan imej yang lebih langsing. Difahamkan, Adele telah berjaya menurunkan berat badan hingga 45 kilogram (kg). Pendedahan tersebut sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimanakah Adele mampu menurunkan berat badan sebanyak itu.

Menurut laporan US Weekly, Adele dikatakan telah mengupah seorang jurulatih peribadi yang pernah berkhidmat untuk Jennifer Lawrence.

Untuk Adele pula, dia melakukan latihan kardio tiga kali seminggu.

Selain itu, Adele juga dilaporkan telah mengamalkan Sirtfood Diet.

Diet ini memfokuskan makanan berkhasiat yang rendah kalori, berprotein tinggi serta melebihkan buah-buahan dan juga jus.

Apa yang menariknya, pengamal rutin ini masih boleh mengambil makanan-makanan yang mereka sering ambil coklat dan kopi.

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.