Catriana Ross Kurus Dalam 5 Bulan, Turun 17kg! Apa Rahsianya?

Kak Zura hari tu masa tengah driving, dengar di radio ada cerita pasal Catriana Ross kena sindir dengan pengarah filem pasal dia gemuk, tak leh nak berlakun. Dengan itu, dia bertekad nak kurus. Yang menariknya Catriana Ross kurus dalam masa 5 bulan sahaja dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 17kg.. Hebat bukan?? Jom kita baca rahsia beliau..

5 Rahsia Catriana Ross Kurus

Berat badan naik selepas melahirkan anak adalah perkara normal tetapi agak menakutkan buat wanita. Hal itu juga berlaku kepada pelakon Catriona Ross. Ingin tampil cantik dan ramping seperti dulu, dia tekad menurunkan berat badan selepas melahirkan 3 orang anak.

Catriona mengambil masa 5 bulan untuk hilangkan 17 kg berat badan. Daripada beratnya 75 kg, kini beratnya sudah 58 kg. Ada 5 perkara yang Catriona Ross lakukan untuk dapat tubuh badan seperti sekarang.

1. Daki gunung

“Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,”

2. Berenang

“Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,”

3. Eat clean diet

“Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih)  sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,”

Catriana Ross Kurus

4. Makanan kukus tanpa minyak

“Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,”

 5. Beras Perang

“Saya tetap makan nasi, cuma tengahari saya makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat,”

Oleh: Aimi Nordin Sumber: Astro Awani

So.. amacam??? Ada jelesss…??? Kak Zura pun jelesss nih.. jomm kita sama-sama ikut tips nih. Kak Zura ada sediakan menu-menu untuk yang nak berdiet.. nanti boleh klik ke link ni https://www.hazurahashimbani.com/cooking-recipe/category/resepi-diet/

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh whatsapp Kak Zura di 012-2777396 ya..

Leave a Reply


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.