Biksut Almond Rangup

biskut almond

✦ RESEPI ALMOND RANGUP ✦
Biskut ini mempunyai tekstur yang rangup dan enak.

BAHAN-BAHAN:
✔ 285 gm tepung gandum
✔ 170 gm tepung jagung
✔ 170 gm mentega
✔ 200 gm gula
✔ 4 biji kuning telur
✔ 140 gm badam | ditumbuk
✔ 5 gm esen vanila
✔ 5 gm esen badam

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk adunan hingga kembang.

2. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan badam. Pukul lagi hingga sebati.

3. Selepas itu masukkan tepung, tepung jagung dan kacang almond. Adun hingga sebati.

4. Canai doh hingga leper, kemudian potong secara segi empat dan sapukan kuning.

5. Bakar pada suhu 180ºC selama 10-15 minit.

Selamat Mencuba !!

  • Add Your Comment