BISKUT COKLAT KACANG SHANDONG

BISKUT COKLAT KACANG SHANDONGBiskut Coklat Kacang Shandong

Bahan A
160gm mentega
1/8 tsp esen vanila
60gm gula ising

Bahan B
190gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm kacang tanah di kisar halus
1/8 tsp baking powder

Bahan C – Kacang Shandong (bentuk bujur dn panjang) – bakar dahulu
200gm coklat masakan hitam – cairkan

Hiasan : Coklat masakan hitam dan putih, kacang tanah cincang

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Ambil 1 sudu teh doh, masukkan kacang shandong dan gentel bentuk bujur.
2. Susun dalam loyang pembakar yang telah di gris dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau keperangan.
3. Sejukkan dahulu dan celup biskut ke dalam coklat masakan cair, kemudian golekkan ke dalam kacang tahan cincang.
4. Paip coklat masakan putih dan hitam sebagai hiasan.

*** Adunan yang dicampur serbuk kekacang biasanya agak kering selepas 2 jam, uli semula dengan sedikit mentega hingga lembut.

  • Add Your Comment