Biskut Cornflakes Crunch

biskut cornflakes rangup 2

✦ RESEPI BISKUT CORNFLAKES CRUNCH / CORNFLAKES CRUNCH COOKIES ✦

Bahan A :
✔ 280gm mentega
✔ 180gm gula kaster
✔ 1/2 sudu teh vanila
✔ 2 biji telur B

Bahan B ( di ayak ) :
✔ 320gm tepung gandum / rose
✔ 1/2 sudu teh baking powder
✔ 1/4 sudu teh soda bikarbonat
✔1/8 sudu teh emplex

Bahan C :
✔ 500gm cornflakes (di ramas sedikit)

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.

2. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi adunan yang lembut. Rehatkan di dalam peti sejuk semalaman.

3. Sudukan 1/2 sudu teh adunan dan gaulkan dengan cornflakes. Susun di dalam dulang pembakar dan jarakkan kerana biskut akan mengembang dan meleper.

4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20 – 25 minit.

5. Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba !!

  • Add Your Comment