Biskut Cornflakes Rangup

biskut cornflakes rangup 1

BISKUT CORNFLAKES RANGUP

Bahan-bahan:

250 gm butter
3/4 cawan gula
1 biji telur kuning
2 cawan tepung naik sendiri
250gm cornflakes – diramas
1 sudu kecil esen vanilla
Papercup untuk letak biskut

Cara:

– Pukul butter dan gula sampai kembang kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul bagi sebati semua bahan-bahan.
– Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes, terus kacau bagi sebati dengan senduk saja.
– Kemudian sudukan adunan dan masukkan dalam papercup.
– Panaskan oven dan boleh la dibakar biskut dalam suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau sampai biskut masak.

  • Add Your Comment