Biskut Sarang Semut

 

biskut sarang semut 1

✦ BISKUT SARANG SEMUT ✦

Bahan-bahan :
✔ 1 cawan marjerin
✔ 1 ½ cawan gula halus
✔ 1 ½ tepung gandum – di ayak
✔ 1 ½ tepung kastad – di ayak
✔ 1 biji telur
✔ 1 sudu teh esen vanilla

Bahan Hiasan :
✔ coklat rice coklat
✔ paper – cup kecil

Cara-cara Menyediakan:
1. Masukkan marjerin dan gula dan pukul sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi.

3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak dan gaul rata dan ulikan menjadi satu doh dan kemudian masukkan ke dalam peti seti sejuk selama 15 minit.

4. Dengan menggunakan jurai sarang semut/pemarut sarang semut,parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan kemudian,sudukan ke dalam papercup.

  • Add Your Comment