Biskut Suji PKP

Suji PKP….
Resepi asal, saya alter sikit… Tak mengecewakan… Alhamdulillah. Lain la sikit dari normal look of biskut suji kan…. yg ni new normal of suji…😊😊😊

Resepi :-

BISKUT SUJI PKP

BAHAN A
150 gram minyak sapi
120 gram mentega
100 gram gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur

BAHAN B
75 gram cornflakes yang dikisar
75 gram serbuk badam
100 gram tepung jagung
50 gram tepung suji

BAHAN C
280 gram tepung gandum

Kuning telur utk sapu atas cookies

  • Almond nib dan sprinkles warna warni utk tabur atas cookies
    (* ikut pilihan masing²…nak tabur choc rice pun boleh, nak letak badam sebiji pun boleh)
    Susu tepung utk ‘bedakkan’ cookies yg dah siap dibakar
    (Boleh juga gaulkan dulu susu tepung tu dengan icing sugar kalau susu tepung tu tak manis)

CARA :-

1 – Pukul Bahan A hingga rata/mesra – low speed je.

  1. Masukkan Bahan B dan pukul lagi hingga semua bahan bergaul mesra
  2. Setelah tu, masukkan sedikit demi sedikit Bahan C hingga jadi doh yg blh dicanai dan terap ikut acuan yang disukai.
  3. Sapu telur kuning atas doh yg dah diterap.
    Taburkan almond nib atau bahan pilihan masing²
  4. Bakar dgn suhu 160 darjah celcius selama 20 minit
    (Ikut kepanasan oven masing²)
  5. Setelah siap dibakar dan cookies dah suam, boleh la taburkan pula atau bedakkan cookies tu dengan susu tepung.

Resepi : Dato Noraslina Zainalabidin

  • Add Your Comment