Choux Bun

Choux BunChoux Buns
Bhn A:
1/4 cwn butter
1/2 sdt garam
1/2 cwn + 1sdb tepung kek
1 sdt gula kaster
—-
2 biji telur, pukul dgn garpu dalam seminit
Cara:
Masukkan bhn A dalam satu periuk (pot) kecil, masak atas api sederhana.
Sementara itu ayak tepung dalam satu bekas.
Bila campuran bhn A dah menggelegak, tutup api. Alihkn pot ke tempat lain.
Masukkn tepung ke dlm pot tu, kacau2 hgg jadi adunan lembut (guna senduk kayu).
Letak balik atas api sederhana . Kacau2 dgn senduk, lagi smpai blh dibentuk spt satu bebola & kelihatan ada lapisan nipis melekat pada pot.
Tutup api, alihkn pot ke tmpt lain & biarkan ia sejuk (dlm 5 minit).
Panaskan oven. 200C (fan forced kena kurangkan sikit ke 180 gitu).
Dah sejuk, campurkan telur sedikit demi sedikit sambil kacau2…adunan akan jadi batter yg lembut…Selembut bila diangkat dgn senduk, adunan akn drop (leleh sikit).
Masukkn adunan ke dlm piping bag (nak guna nozzle atau tidak, terpulang. Saya guna star nozzle).
Paipkan atas oven tray yg dialas dgn baking sheet (nnt atasnya ada pointy sikit). Jarakkan setiap satu, dlm 3-4inci. Celup jari dlm air, tekankan pada pointy kt atas stiap choux buns.
Bakar dalam 20min atau hgga choux buns dah keperangan. Sejukkan.
==================================
Resipi utk creme filling tu sbnarnya ada yg paling simple iaitu guna tepung kastad je. Sukatannya anggaran 3/4cwn fresh milk + 1sdb tpg kastad (mumbung) + 1sdb gula kaster. Masak atas api, sentiasa kacau. Tutup api bila dah pekat & shiny sikit ye. Sejukkan seblm diisi dlm choux buns tu. Doublekn resipi sbb mgkn tak cukup jika nk jadikan filling sukatan choux buns tadi. Nak yg lebih creamy punya french creme filling, please refer kt bawah yewww.facebook.com/dapurbaru.net
==================================
French Creme filling

Nota: resipi ni banyak so boleh buat separuh or simpan bakinya dalam peti ais (utk batch lain – dalam 2,3 hari tahan kot).
Bhn:
3/4 cwn gula halus
1/2 cwn tepung tepung beras
3 sdb tepung jagung
3 cwn fresh milk
2 biji telur saiz A (suhu bilik), pukul dgn garpu.
1 sdb butter
2 sdt esen vanilla
Cara:
Dalam satu heavy-based pan, satukan gula dan tepung2. Guna whisk, gaul rata.
Letak pot atas api (sederhana), then tmbhkn susu dlm pot, whisk constantly hgga adunan jd pekat.
Amik keluar secawan then campurkn ke dalam telur yg dah dipukul tadi. Gaul rata.
Tambahkn balik adunan telur ke dlm pan, kacau hgga sebati & tutup api.
Alihkn ke tempat lain, campurkan butter & esen vanila. Terus kacau smpai well combined.
Sejukkan filling. Boleh simpan dalam fridge bila dah sejuk.

 

  • Add Your Comment