CREAM PUFF SEDAP

cream puff

Creampuff:

Bahan Krim:

1/2 cawan tepung gandum

1 1/2 sudu besar tepung kastard

1/2 cwn gula castor

4 biji kuning telur

3 cawan susu segar (saya guna full cream)

30gm butter (saya guna pure butter bkn buttercups or farmcows – ni la rasia nk dptkan rs krim yg sedap)

1 sudu kecil esen vanila

secubit garam

1 cawan non dairy whipping cream (ada yg panggil fresh cream) – saya suka lebihkan whipped cream dlm 1/2 cwn lg so total 1 1/2 cwn cream utk dptkn rs aiskrim lg ummpph.

Cara2:

1. Ayak tepung gandum & tepung kastard.
2. Satukan tepung2 dgn gula castor dlm satu bekas.
3. Masukkan 4 biji kuning telur & 1 cawan susu segar. Kacau sebati (ini utk mengelakkan tepung2 berketul kalau masuk sume susu terus)
4.Masuk semua baki susu, esen vanila & secubit garam.
5. Kacau rata.
6. Panaskan atas dapur dgn api sederhana & kacau hingga pekat. Sentiasa kacau, kalau tak nanti dia kan hangit kt bawah n berketul2.
7. Bila da pekat segera tutup api. Tambahkan butter ketika masih panas & kacau hngga adunan licin dan berkilat.
8. Sejukkan dan simpan dlm bekas sebelum diletakkan dlm peti ais.
9. Setelah krim kastard kte sejuk (disarankan utk simpan semalaman dlm peti sejuk) bolehlah kte putarkan whipped cream td hngga kental
10. Setelah kental masukkan krim kastard td dan putar sebati.
11. Simpan dlm peti sejuk.

Bahan Puff Pastry:
120 gm butter (guna pure butter utk dpt rs yg sedap)
3/4 cawan air
170 gm tepung gandum (ayakkan)
4 biji telur gred A
1/4 sudu teh garam

Cara2:
1. Panaskan oven 250 celcius selama 20 minit. Kena pastikan oven betul2 panas sbb klu x ckup panas nnt puff x naik gebu.
2. Satukan butter, air & garam dalam periuk.
3. Panaskan atas dapur hingga mendidih. Bila dah mendidih tutup api.
4. Dengan segera tuangkan tepung yg diayak.
5. Kacau dgn senduk kayu hingga jd doh yg lembut.
6. Panaskan semula atas api yg sederhana & terus kacau hingga dasar periuk terbentuk kepingan2 nipis.
7. Tutup api. Masukkan adunan dlm mxer bowl (kalau xde mixer pn blh pkai hand whisk tp nnt tgn jd sado..hihihi)
8. Pukul telur hingga rata (pakai garfu je) & tuangkn sedikit demi sedikit hingga adunan sebati. (part ni agak tricky..kalau agak2 adunan tu mcm pekat sgt then tambahkan sket lg telur..pukul 1 biji telur tp bkn masukkan sebiji terus,,masukkan sket2..tgk adunan tu ok ke x. sbb kalau adunan lembik sgt nnt susah nk pipe).
9. Pipekan adunan tngi2 (dlm 4 /5 kali pusing – saya guna nozzle no 35)
10.Bakar suhu 225 celcius dlm 10 minit api atas bwh. Dalam 10 min terakhir turunkan suhu ke 175 celcius dan pasang kipas supaya puff kte naik gebu. Fungsi kipas nk bg puff tu naik cantik. Dalam 5 minit terakhir tgk dr luar oven tu kalau agak2 puff tu da warna coklat2 gelap sket blh turunkan suhu sbb tkut ats dia hangus..
11. Jangan terus keluarkan puff dr oven. Biarkan dlm 2 – 5 min dlm oven sbb tak nak nanti puff turun bile kte kuarkan terus lps bakar sbb perubahan suhu yg mendadak.
12. Sejukkan puff sebelum disikan krim
13. Sedap dimakan semasa krim sejuk2 mcm mkn aiskrim vanila.

* Tips penting : JANGAN buka oven semasa pembakaran..nnt puff turun saya xtau ye..buat creampuff ni kesabaran kena tggi..xkn lari puff dikejar..hihi

Cara buat ada pada setiap gambar

Sumber : FB Warul Haniza

  • Add Your Comment