DAGING GORENG BEREMPAH

daging goreng berempah

DAGING GORENG BEREMPAH

Bahan-Bahan:
250 g daging Lembu (di potong2)
1 labu bawang besar ( saiz kecil )
1/2 inci halia ( dihiris)
1 biji cili merah ( dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan penuh serbuk kari
1 biji tomato ( potong 6)
daun bawang ( dipotong)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
sedikit garam dan serbuk kunyit
Sedikit minyak
.
Cara membuatnya:
.
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk di keringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan
.

  • Add Your Comment