DAGING GORENG PEDAS

daging goreng pedas
.
Bahan-bahan:
.
500 g daging lembu -direbus sampai empuk kemudian hiris nipis
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Sedikit sos ikan
1 sudu besar sos cili
5 biji cili padi-di ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
Sehelai daun limau purut
1 batang serai-diketuk
Sedikit minyak untuk menumis
Garam jika perlu
.
Cara2:
.
• Panaskan sedikit minyak, goreng daging rebus yang telah dihiris nipis sampai kekuningan sikit,angkat dan ketepikan.
.
• Tumis bawang putih dan serai ketuk sampai naik bau, masukkan cili kisar. Goreng sikit hingga agak garing,kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ketuk, sos tiram, sos ikan dan sos cili.
.
• Masukkan daging tadi , cili merah dan bawang besar yg dihiris bulat. Kacau dan rasa, jika perlu tambahkan sedikit garam. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Hiaskan ikut kreativiti.
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
.
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
Sumber : (Sila Maklumkan)

  • Add Your Comment