Daging Kuzi Catlye

Daging Kuzi Catlye

DAGING KUZIE CATLYE
By: Pak Engku

1 kg daging batang pinang – dipotong dan dicuci bersih
1 tangkai daun pudina
1 tangkai daun ketumbar
3 biji cili merah – dibelah 2
3 biji cili hijau – dibelah 2
1/2 tin susu cair
1/4 tin tomato puri – (ita tak gunakan tomato puri ita gantikan dgn tomato buah yg ita cincang halus sebab ita tak berapa suka bau tomato puri tu…)
10 biji badam
100 gm rempah kari daging
50 gm rempah kurma
garam dan serbuk perasa secukup rasa
1 kiub daging – ita tambah

Bahan Tumis
2 sudu minyak makan
3 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
2 inc halia – dikisar
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis

Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumisan hingga naik baunyer. Masukkan rempah kari dan rempah kurma yg telah dibancuh dgn sedikit air. Bila naik minyak masukkan tomato puri dan juga susu cair.
Masukkan daging dan masak sehingga empuk. Masukkan garam dan perasa secukup rasa. ita masukkan juga 1 kiub daging.
Bila sudah masak dan daging empuk, masukkan daun pudina, daun ketumbar, cili merah, cili hijau tan taburkan badam.
Boleh lah dihidangkan bersama nasi kesukaan anda… dan nasi yg ita pilih untuk dimakan bersama lauk ni ialah Nasi Butter.

  • Add Your Comment