Daging Masak Kicap

Daging Masak Kicap
Daging Masak Kicap

1/2-1 kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub)

Bahan kisar:
8 biji bwg merah
4 ulas bwg putih
1 batang serai
2 biji buah keras
1 sb serbuk lada hitam
1 sb cili kisar
1 inci lengkuas
1 inci halia

2 sb kicap pekat
3 sb kicap masin
2 sb kerisik
rempah 4 sekawan
3 sb minyak masak
1/2 sb asam jawa
garam, gula dan air secukupnya.

Hiasan :
Cili merah
Daun bawang

Cara-cara
Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat (1 jam atau perap semalaman)
Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar serta lada hitam dan kacau sampai terbit bau/pecah minyak

Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan seketika (30 minit). Tambah air jika terlalu kering.

Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu besar kicap pekat (blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, asam jawa dan kacau lagi. Biarkan seketika sehingga daging betul betul empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.

 

  • Add Your Comment