DAGING MASAK KURMA

daging masak kurma
.
Bahan-bahannya ialah:
.
1kg daging (lembu atau kerbau)
5 sudu besar rempah kurma adabi
5 biji tomato
3 biji cili hijau
5 biji kentang
1 biji bawang besar India
1 inci halia
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu besar rempah campuran (biji sawi, halba, jintan)
1 sudu besar pes asam jawa
1/2 – 1 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
secubit garam
.
Cara-caranya ialah:
.
Basuh daging hingga bersih dan toskan.
.
Kemudian panaskan minyak di dalam periuk.
.
Masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama dengan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan rempah campuran hingga naik bau.
.
Kemudian masukkan daging dan kacau rata.
.
Apabila daging sudah mula mengeluarkan air, ketuk halia dan masukkan. Kacau rata.
.
Bancuh rempah kurma dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Potong kentang dan masukkan. Kemudian potong besar buah tomato dan cili hijau, juga masukkan ke dalam periuk.
.
Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. Kacau sentiasa supaya daging tak melekat di bahagian bawah periuk.
.
Masukkan pes asam jawa yang dibancuh dengan sedikit air. Biarkan daging mendidih, jika masih pekat, masukkan lagi sedikit air.
.
Perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidang.
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
.
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
Sumber : (Sila Maklumkan)

  • Add Your Comment