DAGING PANGGANG BERKICAP

daging panggang berkicap
.
Bahan-Bahan:
.
500 gm daging batang pinang bahagian atas
1 camca kicap manis
marjerin/minyak sapi untuk memupuk
6 oz bendalir (180 ml) air santan
½ camca marjerin
hirisan-hirisan limau nipis
.
Bahan Giling:
.
3 ulas bawang putih
2.5 cm kengkuas
1 camca lada sulah
2 camca garam
.
Cara:
.
✔✔Hiriskan daging supaya menjadi kepingan-kepingan yang tipis & panjang.Cucukkan rata-rata seluruh bahagiannya sebgan sebatang garpu. Campurkan 1/2 camca. Kicap manis dengan bahan giling. Gaulkan dengan daging & ketepikan selama 15-20 minit.Panggang daging itu dengan melumur atau memupakkannya dengan minyak hingga masak.
.
✔✔Campurkan pati santan dengan 1/2 camca,marjerin & kicap manis yang selebihnya. Tuangkan dalam sebuah periuk. Masukkan daging yang telah dipanggang & jerangkan di atas api yang besar.Goreng cepat-cepat hingga semua airnya kering.
.
✔✔Siat-siattkan daging itu supaya menjadi kepingan-kepingan yang lebih kecil.Isikan ke dalam mangkuk & hidangkan panas-panas dengan kicap manis & hirisan-hirisan limau nipis.
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
.
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
Sumber : (Sila Maklumkan)

  • Add Your Comment