Dimsum Daging

dimsum daging

Dimsum daging

kulit gunakan wantan pastry. Boleh beli di pasaraya.

Bahan2 untuk inti:-
250gm daging cincang
1 biji bawang besar bersaiz kecil-dipotong dadu
5 ulas bawang putih – dicincang
secubit garam
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu makan kicap pekat manis
sehelai daun bawang – dicincang halus
sedikit lada sulah/lada hitam

** Satukan kesemua bahan2 inti didalam satu bekas, gaul sebati.***

Cara membuat dim sum :
Ambil sekeping kulit wantan, basahkan tangan sedikit. Kemudian tekan2 ( macam nak buat pau,) masukkan intinya ditengah2 bulatan dan bunjutkan seperti gambar diatas. Untuk mengukus dim sum ini, kukusan hendaklah di alas dengan kain nipis bersih. Kukus sehingga masak Bagi menambahkan umphhh, saya sediakan kicap yg dipotong cili padi dan daun bawang didalamnya

  • Add Your Comment