Famous Amer Chocolate Chips Cookies

famous amous

Famous Amer Chocolate Chips Cookies
Resipi : Chef Amer

Bahan A
200gm mentega
50gm shortening
70gm gula pasir
90gm gula perang
1sudu teh esen vanila
1 biji telur + 1 kuning telur + 1 sudu besar susu cair

Bahan B – Satukan
330gm tepung gandum
10gm serbuk koko
30gm susu tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonat
100gm chocolate chips
100gm coklat susu – sagat
80gm almond flakes / almond nib (sangai dulu)
60gm cornflakes – ramas kasar

Cara-cara :
1. Bahan A : Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan esen vanila dan telur, pukul hingga sebati.
2. Bahan B : Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikabonat. Gaulkan bersama bahan-bahan lain di dalam mangkuk besar.
3. Masukkan adunan mentega dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Ambil doh sebesar ibu jari dan susun di dalam dulang pembakar.
4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 160C selama 20-25 minit.

  • Add Your Comment