Gulai Daging Buku Besar

GULAI DAGING BUKU BESAR KENDURI KAHWIN salah satu menu masa kenduri⚘⚘ Lauk penuh meja, hanya lima tetamu utk satu hidangan. Meriah kenduri zaman ritu²🥰

Gulai Daging Buku Besar Kenduri Kahwin

Bahan²
2 kg daging
8 biji bawang merah**
5 ulas bawang putih**
1 labu bawang holland**
5 tangkai cili kering**
2 batang serai**
2 inci halia**
2 inci lengkuas**
2 sdb ketumbar**
2 inci kunyit hidup**
Rempah 4 sekawan
2 keping nise
2 keping asam keping
4 sdb rempah kerutuk
250 ml santan
Garam dan serbuk perasa
2 labu bawang besar potong baji

Cara²

  1. Kisar lumat bahan² bertanda ** Tumiskan rempah empat sekawan hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan rempah kerutuk dan tumis lagi hingga betul² pecah minyak.
    Masukkan daging yang dipotong² besar².
  3. Kacau hingga rempah kerutuk meresap masuk dalam daging.
    Selepas itu masukkan nisan dan asam keping.
  4. Masukkan air, masak hingga daging empuk dan kuah pekat.
  5. Setelah itu masukkan santan dan biarkan kuah pekat sedikit.
  6. Bila kuah dah pekat masukkan bawang holand yang dipotong baji.
  7. Biarkan bawang sedikit layu. Tambahkan garam dan perasa. Siap utk dihidang.

Drp Fb Rosmaliza Omar

  • Add Your Comment