Gulai Daging Kerisik

Gulai Daging Kerisik

GULAI DAGING KERISIK

Olahan:Rohaisha

Bahan-bahan:
450gm daging | hiris nipis
3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah | tumbuk
2 ulas bawang putih | tumbuk
1/4cm halia | dipotong panjang
Air secukupnya
1/2 cawan santan pekat (saya guna krim masakan)
2 sudu kerisik
2 sudu besar minyak
1 sudu besar minyak sapi
3suddu besar rempah kari daging
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
1 cm kulit kayu manis

Cara menyediakan:
1.Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk an air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2.Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan menidih sekali lagi sebelum imasukkan kentang.
3.apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4.Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5.Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.

  • Add Your Comment