Hati Lembu Berempah

Hati Lembu Berempah

HATI LEMBU BEREMPAH

Bahan-bahan:
600gm hati lembu | dicelur empuk dan dipotong sederhana besar
1 labu bawang besar | hiris untuk ditumis
1 labu bawang besar | hiris untuk ditabur
1-2 tangkai cili merah | hiris untuk ditabur
4 ulas bawang putih | tumbuk
3cm halia | tumbuk
2 sudu besar ketumbar biji | tumbuk
1 sudu besar jintan manis| tumbuk
1sudu besar jintan halus | tumbuk
Serbuk kunyit secukupnya (lebihkan yang ini)
1/2 cawan air
Sedikit bancuhan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis (Lebihkan yang ini ketika menumis)

Cara:
1.Gaulkan hirisan hati lembu dengan kunyit, garam dan gula.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga layu dan masukkan hati lembu.Kacau rata dan tutup kuali dengan tudung periuk.Biarkan lama agar hati lembut dan sesekali dikacau agar tidak hangus.
3.Setelah itu masukkan air bersama bancuhan air asam jawa.Boleh tambah garam sekiranya adunan rasa masih belum lengkap.Tutup semula kuali dengan tudung periuk dan renehkan hati sekali lagi sehingga benar-benar empuk.Barulah bole masukkan hirisan cili besar dan bawang besar.Kacau lagi.
4.Tutup api apabila kuah telah pekat.

  • Add Your Comment