Hati Lembu Masak Kicap Berempah

hati lembu masak kicap berempah

HATI LEMBU MASAK KICAP BEREMPAH

Bahan-Bahan:
500gm hati lembu (dipotong nipis-nipis)
sedikit kicap
sedikit air asam jawa
sedikit gula
sedikit minyak
garam secukup rasa
1 biji bawang besar (optional) – dihiris bulat
1/2 capsicum merah (optional) – dihiris memanjang
1/2 capsicum hijau (optional) – dihiris memanjang
.
Bahan Rempah – (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
.
2-3 sudu besar cili giling
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
.
Bahan Kisar –
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
.
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan bahan rempah dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan hati, kicap dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Masak hingga kuahnya agak pekat.
5. Akhir sekali masukkan bawang, capsicum merah dan capsicum hijau.

  • Add Your Comment