Hokkaido Chiffon Cake

RESEPI HOKKAIDO GEBU GEBAS

STEP 1
1. Pecahkan 4 biji putih telur (KUNING TELUR LETAK DALAM BEKAS LAIN)
2. 4 sudu besar gula halus
* mixer sampai jadi meringue

🍎letak tepi dulu yg meringue

Note : meringue tu jangan ada bercampur sedikit air atau kuning telur atau apa-apa jelaa..hihi..nnti tak jadi meringue

STEP 2
1. 4 biji Kuning telur (yang dah ada dlm bekas tadi)
2. 3 sudu besar gula
* kacau-kacau je guna whisk (godek2 mcm tu)
3. Masukkan susu cair setengah cawan( saya guna dutch lady)
4. Minyak masak 5 sudu besar
* smbung kacau guna whisk sampai sebati

STEP 3 ( ayak dulu)
1. 1/2 cawan gandum
2. 2 sudu besar tpung jagung/kastard
3. Stgh sudu kecil baking poder

🍎 masukkan step 3 ni ke dalam step 2..kacau2 guna whisk

🍎 lepas tu campurkan dgn step 1 tdi..kacau2 sampai sebati

🍏JOM KITA BAKAR

GUNA API ATAS BAWAH YER SUHU 160..DALAM MASA 20 MINIT..TGK LA KALO DAH MASAK..X LEKAT LERR KAT LIDI BILA KITA CUCUK2

JGN LUPA PANASKAN OVEN DULU DLM 10 MINIT SUHU 170

FILLING TU:
1. marjerin 1 sudu
2. Susu cair 200 ml
* panaskan dlu utk cairkan marjerin

Masukkan
3. 1 sudu besar tpung gandum
4. 1 sudu besar kastard
5. 1 biji telur
6. 4 sudu besar gula

Masak jer semua..sentiasa kacau guna api kecil

Note🍬jangan masak lama2..nti keras la gamaknya…menangis x berlagu…sekadar pekat2…

Kek tu..amk chopstick utk buat lubang di tgh..bru pipe filling kastard tdi.

=Guna telur gred A utk dpt byk biji
=Tabur gula ising utk hiasan

Jom sama2 try..

credit : Sarihah Ismail

  • Add Your Comment