IKAN MASAK TEMPOYAK PERAK

masak tempoyak versi perakMasak Tempoyak Versi Perak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah – potong nipis (saya guna ikan kembung)
4 biji cili merah
2 senduk tempoyak (saiz sedang)
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai – ketuk
1 batang timun – jika suka
3-4 gelas air atau mengikut yang disukai
Garam
Secubit gula

Cara cara:
Blender kasar cili merah atau ditumbuk kasar. Kemudian satukan semua sekali bahan termasuk ikan dan timun dengan air secukupnya. Petua kakak ipar saya ialah bahan bahan mesti digaul sebati dengan menggunakan tangan.

Masak dengan api perlahan sehingga ianya mendidih dan merenih dengan agak lama.

Masukkan sedikit garam dan secubit gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

  • Add Your Comment