KEK BATIK EMPIRE

batik empire

KEK BATIK EMPIRE

Bahan-bahan :

200 gm mentega
1/4 cawan gula halus
4 biji telur gred B
1/4 cawan serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan horlick
150 gm biskut marie – dipatah 4
1 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar coklat emulco
pewarna hijau

Cara Menyediakan :

1.Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.

2.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang.
Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.

3.Kemudian,masukkan pula tepung gandum, horlick dan gaul hingga rata.

4.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan <(serbuk koko+coklat emulco) + 1/2 biskut marie>yg telah dipatahkan dan satu bahagian lagi masukkan <pewarna hijau + 1/2 biskut marie>.

5.Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas acuan dengan kertas kek.

6.Masukkan adunan berwarna hijau,ratakan keseluruh permukaan loyang. Goyang2 dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.

7.Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana hingga separuh masak.

8.Kemudian,keluarkan adunan tersebut dan tuangkan adunan berwarna coklat tadi,ratakan dan goyang2,hentakkan sehingga mampat.

9.Masukkan semula dalam periuk pengukus dan kukus lagi sehingga 1 jam atau sehingga masak.

10.Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.

  • Add Your Comment