Kek Lapis Coklat Strawberi

Kek Lapis Coklat StrawberiBahan:Bahan :
===========
Bahan A
480gm mentega tulen
14 biji kuning telur
150 gm gula kastor
5 sudu besar susu pekat manis
2 sudu kecil ovalate
230 gm tepung hong kong
1 sudu kecil baking powder
================================================
Bahan B
6 biji putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar
120 gm gula kastor
================================================
Bahan C
20 gm serbuk koko-ayak
1 sudu besar coklat emulco
================================================
Bahan D
2 sudu kecil strawberry
50 gm strawberry filling/jem yg halus
pewarna merah
================================================
Loyang 8 x 8 8in dialas dan gris dasarnya
================================================

Cara Penyediaan:
1) Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.
2) Satukan Mentega,gula kaster,susu pekat & ovallate.Pukul hingga berkrim.Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul hingga rata dan sebati
3) Masukkana adunan mentega kedlm mangkuk besar,kemudian masukkan tepung yg telah diayak dan kaup balikkan hingga sebati
4) Satukan kesemua bahan B,pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang & kental.
5) Kaup balikkan kedalam adunan tadi hingga rata
6) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian,1 bahagian masukkan bahan C gaul rata
7) Satu bahagian lagi satukan bahan D,gaul rata.1 bahagian lagi dibiar warna asal.
8) Ambil 6 sudu besar adunan merah,ratakan didalam loyang dan bakar api atas & bawah selama 8 minit atau permukaan perang.
Tekan dengan penekan kek lapis,cucuk permukaan dengan garpu dan sapu dengan sedikit mentega.
9) Ulangi lapisan kedua dengan 6 sudu besar adunan coklat,’Bakar Dengan Api Atas’ sahaja.Ulangi langkas diatas.Dan seterusnya untuk lapisan ketiga adunan asal.
10) Ulangi melapis adunan merah,coklat & adunan asal secara berselang seli hingga habis.
11) Untuk lapisan terakhir tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit hingga masak sekata.

  • Add Your Comment