Kerutuk Daging Batang Pinang

Kerutuk Daging Batang Pinang

Kerutuk Daging Batang Pinang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging batang pinang (potong tebal 1 atau 2″)
3 sb rempah kerutuk
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Kayu manis, bunga lawang, pelaga
1 kotak santan – bancuh dengan air secukupnya.
3 sb kerisik
Garam
Gula
Gula Melaka
1 keping asam keping
Tomato ketchup – boleh menyedapkan lagi

Cara cara:
Separuh dari bawang dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kerutuk. Separuh lagi dihiris.

Tumis bawang dan halia yang dihiris serta rempah penumis sehingga wangi dan masukkan rempah kerutuk. Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak.

Masukkan daging dan sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan keluar minyak serta daging empuk.

Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan asam keping. Masukkan juga pes tomato, jika ada. Kalau tak letak pun OK tapi ianya petua pakar masakan di Perupok.

Sesuaikan kepekatan dan rasa. Olehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas bersama sambal dan ulam timun.

  • Add Your Comment