Kueteaw Sup Thailand. Sedapnya Aroma Daun Ketumbar Dan Minyak Bawang Putih. Bangkit Selera

Perkongsian resepi Lynda Nazri ini cukup mudah dan ringkas, namun memikat selera. Membangkitkan selera lebih-lebih lagi waktu hujan atau sedang demam.

Bahan Kuah :
1 ekor ayam
Kicap sotong
Kicap cair
Lada hitam – tumbuk
Lada sulah
1 labu Bawang putih
Akar ketumbar
1 ketul Kiub ayam

Bahan hiasan :
Mee/bihun/kuetiaw
Taugeh – celur
Kangkung / Sawi – Celur
Kacang tumbuk – pilihan
Lobak masin – Celur
Ayam/daging/perut – Diracik halus
Serbuk cili kisar (Sy buat sendiri)
Cili jeruk
Daun ketumbar

Cara :
1. Didihkan air dalam periuk dan masuk kan akar ketumbar, ayam, kicap cair, kicap sotong, kiub ayam, lada sulah, lada hitam yang sudah di tumbuk halus.
2. Sementara tunggu mendidih, tumiskan bawang putih yang sudah dikisar tadi ssehingga kekuningan dan terus masukkan ke dalam kuah.
3. Perasakan garam, aji dan gula sedikit.
4. Tunggu sehingga ayam lembut, keluarkan ayam bahagian isi untuk diracik.
5. Kemudian hidangkan bersama bahan hiasan tadi.

Sumber : Lynda Nazri

  • Add Your Comment