KUEW TEOW KONJAC

Diet tapi makan sedap! Disebabkan kuew teow mendapat sambutan hangat, Kak Zura nak share resepi yang menggunakan kuew teow konjac iaitu Kuew Teow konjac Kung fu & Kuew Teow konjac Pedas!

 

kueyteow diet

KUEW TEOW KUNGFU

1. Tumis 1 ulas bwg putih, sebelah bawang besar yg dihiris halus
2. Masukkan ayam/sotong/udang..goreng2 smpai masak..
3. Masukkan air 1 mangkuk
4. Perasakan dgn garam dan lada sulah
5. Masukkan sayur sawi/bunga kobis/carrot, jagung bg manis tp jgn mkn ye kalau fasa 1..
6. Dah didih boleh angkat.

Kueteow pula,
1. Setengah peket kuetwoe kurus
2. Rendam dlm air panas seminit
3. Toskan dan pecakan 2 bijik telur dlm kueteow
4. 3 sudu minyak, goreng kueteow mcm goreng telor..tekan2 sikit bg telur tu masak..

Angkat kueteow..curahkan kuah tadi.. maka siaplah kuetiow kungfu kurus wachaaa.

 

kuey teow goreng diet

KUEW TEOW GORENG PEDAS

1. Tumis 2 ulas bawang putih , dah naik bau masukkan ayam/udang/sotong
2. 1 sudu sos tiram *taste me low carb
3. Masukkan 3 sudu cili blender
4. Dah pecah minyak masuk sayur, perasakan dengan garam, nak manis masuk sikit air rebusan udang.
5. Agak2 jgn byk sgt air.. dah kering pekat masukkan kueteow kurus.
6. Masak lama sikit smpai kuetiow nampak masak.. taburkan cili dan potongan daun sup.

**kalau nak letak telur , pecahkan telur sebelum masuk kueteow

*kredit resipi ; saudari Fafae Mimie

  • Add Your Comment