Kuih Cakui

Resepinya:
Org tganu pgil
‘KAYU KERAMAT’
Lebih sedap dr Kuih Cakui….

Bahan-bahan
Kuih Kayu Keramat.
500g tepung gandum
1 camca soda bikarbonat
1 camca teh yis mauripan
6 sudu makan gula (boleh tambah gula lg kalu nk manis.
1 camca makan planta/butter
230ml/1gelas air suam –
bubuh sedikit2 garam –

Cara membuatnya:
-Yis dibancuh dengan sedikit air suam dan biarkan yis kembang seketika
-Bancuh gula dengan air lebihan yis tadi.
-Tepung digaul dengan planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikarbonat dan digaul rata. Kemudian masukkan air yis dan air gula yg dibancuh tadi sedikit demi sedikit.
Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 2 kali
ganda. (anggaran 1jam lebih)
Tumbuk2an doh, dan potong memanjang lebih kurang 5-7cm.
Panaskan minyak. Tarik doh sedikit dan pusingkan kemudian goreng hingga kekuningan..

Resepi : Jieji Mustaffa

  • Add Your Comment