Kuih Kaswi

Kuih KaswiBahan-Bahan:
===================
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka
1 cawan gula pasir
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air
daun pandan
Kelapa parut muda
Sedikit garam
========================
Cara-Cara Membuatnya:
========================
1.Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir serta daun pandan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.

2.Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.

3.Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.

4.Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam.

5.Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.

6.Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

  • Add Your Comment