Mashed Potato

MASHED POTATO

Mashed potato recipe Bahan:
– 5 biji Kentang (saiz sederhana)
– 2 sdb Butter
– Sedikit garam
– Lada Hitam / Lada Sulah
– Fresh Milk

Cara:
1) Buang kulit kentang, potong sama besar dan rebus bersama sedikit garam. Garam jangan banyak sangat sebab gravy nanti cukup masin juga. Kalau dua-dua masin karang terlebih masin pulak jadinya. Air rebusan cukup sekadar menenggelamkan kentang. Jangan terlampau banyak ye.

2) Bila kentang dah empuk, anggaran masa rebusan dalam 20 minit macam tu, tutup api dan toskan kentang tadi. Saya masukkan kentang dalam tapis dan biarkan lebih kurang dalam 10 minit. Kena toskan betul2 sebab taknak kentang lenyek kita karang terlalu lembik.

3) Lenyek kentang sampai betul-betul hancur semuanya. Kalau ada food processor bolehlah digunakan. Cepat siap. Saya lenyek guna garpu saja.

4) Masukkan susu sedikit demi sedikit. Yang ni agak-agak je jangan banyak sangat. Fungsi susu nak bagi kentang kita rasa berlemak. Kemudian bolehlah masukkan butter, lada hitam dan lada sulah. Gaul semua bagi sebati.

Ok siap. Ketepikan dulu. Jom buat gravy dia pulak.

Bahan untuk gravy:
– 1 biji Bawang Besar (saiz sederhana) – potong dadu
– 2 ulas Bawang Putih – potong dadu
– 3 sdb Butter
– 2 sdb Tepung Jagung (bancuh dengan sedikit air)
– 2 1/2 cawan Air
– 1 Kiub Ayam Knorr / Stok Ayam / Perencah Hilal secukup rasa (kalau guna perencah hilal kena tambah garam sikit. Secukup rasa)
Lada Hitam / Lada Sulah

Cara:
1) Cairkan butter dalam kuali. Api sederhana, jangan kuat sangat. Tumiskan bawang putih dan bawang besar bersama sehingga bertukar warna keperangan (seakan-akan warna karamel)

2) Masukkan air, kiub ayam, lada hitam dan lada sulah. Biar mendidih seketika. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan biar sampai kuah memekat. Tepung jagung bancuh dengan air biasa ya. Jangan guna air panas, nanti tepung berketul.

3) Bila kuah dah pekat, tutup api. Biar sekejap sampai panas berkurang, kemudian masukkan kuah ke dalam blender. Blend sampai semua hancur dan tak berketul. SIAP.

#Mashedpotato
#KelasMasakanPastryRotidanKek

  • Add Your Comment