Nasi Ayam Bangkok

nasi ayam bangkok

Nasi Ayam Bangkok

Bahan2 : Ayam (seekor)-potong ikut suka
Beras 3 1/2 tin susu, garam, gula, 5 sudu besar minyak utk menumis
(lihat cara memasak nasi dibawah)

BAHAN TUMBUK : (UNTUK BUAT PASTE NASI AYAM)- masak dalam periuk lain

1 biji buah pala (ketuk amik isi saja)
1/2 inci halia, 1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih, 2 sudu teh jintan manis
8 biji bunga cengkih
1 biji buah pelaga
4-5 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang

CARA BUAT PASTE NASI :
Panaskan minyak, masuk bahan tumbuk tadi. Bila pecah minyak, masukan air, biar hingga mendidih. Jangan terlalu cair atau pekat.

CARA MASAK NASI :
Masukkan paste nasi, ketulan ayam, garam serta gula dlm periuk berisi beras, jerang hingga masak.
(satukan semua bahan-bahan ini dalam rice cooker dan masak seperti biasa. caranya seperti memasak nasi arab, ayam dimasukkan bersama-sama beras. Ayam lebih lembut dan sebati dgn nasi)

UNTUK SAMBALNYA :
BAHAN-BAHANNYA :
20 biji cili padi
2 biji cili merah
Seulas bwg putih
1 1/2 biji air asam limau nipis
2 camca besar air

CARA-CARANYA :
tumbuk cili padi, cili merah dan bwg putih. Kemudian masukkan air asam limau, garam, gula serta air. Gaul sebati. (klu malas blend aje..)

ACAR KOBIS :
BAHAN-BAHANNYA :
Bwg besar sebelah-potong nipis, kobis sejurai- potong panjang, cili merah-potong serong, daun bawang-potong anggaran satu inci, gula, garam, cuka dan air

CARA-CARANYA :
Gaul bwg besar, kobis,cili merah dan daun bawang.
Bancuh gula, garam, cuka dan air.
Gaul bersama bahan diatas ( acar ni tidak dimasak cuma gaulkan aje…)

UNTUK ULAMAN:
timun dan salad

* Ayam boleh diganti dengan daging. Cukup untuk 4-6 orang makan.

Siap! Selamat Mencuba..

  • Add Your Comment