NASI AYAM SINGAPURA

nasi ayam singapura
Nasi Ayam Singapura sedang ditanak. Bon Appetit
by: Chef Joha Hassan

Bahan2nya
1 ekor Ayam Segar (Siz Besar), Boleh dipotong 2 atau 4.

Bahan untuk sup & stok nya
1 batang serai
1 biji rempah bunga lawang
1.5 inch halia
4 ulas bawang putih
1 kuib knorr ikan bilis
4 sudu besar bawang merah goreng
4 helai daun pandan
Air secukup untuk rebusan

Bahan untuk memanggang ayam nya
300 gm Madu asli
1/2 sudu serbuk kayu manis – Digaulkan pada ayam
Minyak

Bahan untuk Nasi nya.
800 gm beras Basmati – direndam untuk 20mins
1 inch halia
4 ulas bawang putih
4 – 5 cawan air rebusan ayam
2 helai daun pandan
1 batang serai

Bahan untuk sos nya
3 biji limau nipis kasturi
5 sudu besar cili kisar (cili hidup – 5 batang )
3 sudu teh cuka & jus limau
Garam & gula secukup rasa

Cara2nya
Bersihkan ayam, ikut citarasa – potong 2 atau 4. Panaskan air di periok yang besar kalau hendak meletakan ayam seekor. Letakan garam secukup rasa,halia,bawang putih yang dititik rempah bunga lawang, serai dan daun pandan kedalam periok bersama 1 kuib Knorr (Ikan Billis). Masukan ayam kedalam biarkan ia masak selama 15 atau 20min hingga mendidih. Keluarkan ayam, toskan dan tepikan. Gunakan tapisan kuah air rebusan di bahagikan dua, satu untuk sup dan satu untuk dimasukan kedalam nasi nya. Untuk supnya tambahkan,bawang goreng dan duan sup.Letak 1 biji rempah bunga lawang. Panaskan supnya hingga mendidih.

Cara2 untuk Nasi Ayam
Letakan 5 cawan kuah stok rebusan ayam kedalam periok. Letakan beras Basmathi yang sudah direndam dan letakan halia dan bawang putih,serai yang dititik, kepingan ayam (lehernya dan lemak2 nya. Seikat daun pandan. Garam secukup rasa.

Cara2 untuk Ayam Panggang
Gosokan serbuk kayu manis pada ayam, sedikit garam dan madu.Biarkan ia sebentar. Panaskan oven pada suhu 180C. Bila sudah panas. Letakan ayam kedalam di atas jaring pembakar. Setkan oven pada ‘Grill setting’ atas sahaja. Turunkan suhu oven pada 160C.Panggang ayam untuk 15mins atau bila kulit ayam menjadi keemasan. Keluarkan ayam biarkan ia rehat selama 10mins sebelum dipotong.

Cara2 untuk Sos nya
Panaskan periok kecil, letakan air dalam 1.5 cawan, letakan 5 sudu besar cili kisar segar, garam secukup rasa, cuka/jus lemus dan gula secukup rasa. Bila sos mendidih tutupkan api, dan letakan jus limau nipis. Rasa lah sos nya ikut cita rasa. Anda boleh letakan cili api jika suka pedas lagi.

Sajikan juadah bersama salad timun, sos cili cuka, sayur chop choy…Ayam Panggang. Selamat mencuba.

 

  • Add Your Comment