NASI KOMA KOMA DAGING

nasi koma daging

Nasi Koma2 Daging. Saffron Savoury Rice with Lamb. Bon Appetit
Kredit resepi by : chef Joha Hassan

Bahan2nya
700gm beras basmati – direndam selama 20 – 30 mins
1 labu bawang besar – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
0.5 inch halia – dikisar
1 batang serai – dikisar
1 tangkai daun ketumbar – dikisar
1 biji buah tomato – dipotong dadu
200 ml susu cair
20gm koma2 (saffron) direndam didalam air susu suam
2 sudu besar air mawar
4 cawan stok daging (secukup untuk memasak nasi)
500gm daging kambing ang sudah di rebus
1 batang kau manis
2 bunga lawang
6 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan diikat
1 sudu besar bawang merah goreng
Minyak masak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak dikuali, letakan rempah ratus, tuangkan bahan2 yang dikisar. Gaulkan dan goreng hingga ia bangkit baunya. Letakan garam secukup rasa dan bawang merah goreng. Tutupkan api. Beras yang sudah direndam diletakan dalam periok nasi. Tuangkan bahan2 rencah yang sudah di masak kedalam periok nasi. Gaulkan supaya sebati. Letakan isi daging yang sudah direbus. Tuangkan susu cair bersama koma2, stok air daging dan air mawar. Letakan daun pandan yang diikat. Masak dan tanak nasi diperiok letrik

  • Add Your Comment