NASI LEMAK AYAM GORENG BEREMPAH

nasi lemak

NASI LEMAK AYAM GORENG BEREMPAH

Nasi Lemak Sedap :

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

NASI LEMAK

-500 gm beras ( dibersih & ditoskan) 3 ½ cawan santan Garam secukup rasa 3 helai daun pandan (disimpulkan)
-Satukan semua bahan dalam sebuah periuk. Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya. Buangkan daun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.

SAMBAL IKAN BILIS

-125 gm ikan bilis 125 gm bawang merah (dikisar) 60 gm lada kering (direndam & ditoskan) 6 biji buah keras 5 cm belacan (dibakar) 2 sudu minyak makan 1 batang serai (dititik) 1 cawan santan 1 sudu gula pasir Garam & serbuk perasa
-Untuk membuat sambal: Giling semua bahan perencah.Pnaskan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya. Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
7-8 ketul ayam (dibersihkan)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1 inci halia (ditumbuk kasar)
3 batang serai (ditumbuk kasar)
1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sb serbuk kari ayam (dyg guna Adabi)
1 biji telur
2 sb tepung jagung
1 tangkai daun kari
garam secukupnya

Cara-cara
Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.
Hidangkan panas2.

BAHAN TAMBAHAN

-2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
-1 biji sedang timun (dipotong nipis-nipis)
-90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
– Ikan bilis goreng Kacang tanah digoreng. Garam secukup rasa

  • Add Your Comment