NASI MANDHI AYAM

nasi mandhi ayam

Nasi Mandhi Ayam Panggang menggunakan rempah2 dari arab. Bon Appetit
Kredit resepi by: chef Joha Hassan

Bahan2nya
1 kg beras basmati – di bersih dan direndam selama 20 mins
2 buah bawang besar dipotong dadu
4 sudu besar bawang merah goreng
3 biji tomato, di buang kulitnya dipotong dadu
1 sudu besar rempah “Arab Mixed Spices”
2 biji lobak merah diparut panjang
150gm mentega
Garam secukup rasa
Stok air rebusan daging secukup (saya gunakan air rebusan rusuk kambing bersama, bahan ini 2 helai daun pandan, 1 sudu besar air mawar, rempah empat sekawan (2 bunga lawang, 1 batang kayu manis, 5 biji bunga cengkih, 7 biji pelaga,1 inch halia yang dititik dan garam secukup rasa)
1/2 mangkuk gajus goreng untuk taburan atas nasinya
0.5gm saffron (koma2) direndam dalam air suam atau susu
Jus dari setengah biji buah lemon
3 tangkai daun ketumbar di potong kasar2

Cara2nya
Panaskan dan cairkan mentega dalam periuk besar. Letakan & tumis bawang besar sehingga lembut, masukkan buah tomato yang dibuang kulit & dipotong dadu dan bawang merah goreng. Kemudian masukkan lobak merah dan rempah Arab Mixed spices. Bila aroma nya bangkit, masukkan beras basmati nya. Goreng beras nya seketika dalam 3-5mins Tuangkan air rebusan daging secukup ke dalam sampai ia menutupi paras beras nya. Lebihkan sedikit sahaja. Gaulkan beras rata2, taburkan garam secukup rasa dan biarkan nasinya tanak. Bila beras nya mula kering taburkan daun ketumbar ke dalam dan tutup tudung periuk nya. Gunakan api yang sederhana sahaja. Bila nasi sudah masak, tuangkan dengan air saffron (Koma2) jangan buka tudungnya. Biarkan sebentar selama 5 minit dan perah jus lemon dan kuwis nasinya selepas itu.
Untuk mendapatkan bau ‘smoky’ nya, letakan arang yang berasap di tengah2 nasi nya, tutup tudung periok biarkan selama 5 atau 10mins, kemudian keluarkan, sajikan nasi didulang yang luas, bersama gajus goreng dan daun ketumbar, salad segar dan ayam panggang dan lauk pauk ikut citarasa. Saya sajikan dengan bistik kicap rusuk kambing. Air rebusan rusuk nya saya gunakan untuk air stok nasinya.

  • Add Your Comment