NASI TOMATO

nasi tomato

Nasi Tomato. Tomato Savoury Rice. Bon Appetit
Kredit resepi by: chef Joha Hassan

Bahan2nya –
1/2 kg Beras Basmati – direndamkan beras selama 20mins
2 biji bawang besar – dihiris2
10 biji bawang merah – hiris2
4 biji tomato dipotong dadu kasar2
2 tangkai daun ketumbar – dipotong kasar2
1 genggam duan pudina (petik duan2nya) optional
3 akar duan ketumbar – ditumbuk halus dengan bawang putih
4 ulas bawang putih – ditumbuk dengan akar ketumbar
2 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
8 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
5 sudu bawang goreng
3 ikat daun pandan
2 cawan stok daging / ayam
Garam secuckup rasa
Mentega & 3 sudu makan minyak masak

Cara2nya
Panaskan minyak dan mentega diperiok, masukan bahan2 bawang hiris, bawang putih, akar ketumbar, rempah2 4 sekawan, daun pandan & tomato buah, Goreng bahan2 nya hingga bau harum, letakan garam secukup rasa. Masukan beras dan gaulkan pelahan2 supaya sebati. Bubuhkan daun ketumbar & daun pandan / pudina. Tuangkan air stok daging / ayam secukup untuk mentanak nasinya. Tutup periok biarkan nasi nya masak. Gaulkan nasinya semasa setengah masak. Bila sudah masak, taburkan bawang goreng dan daun ketumbar sedikit diatasnya dan sajikan dengan lauk pauknya.

  • Add Your Comment