Pau Gebu Inti Kacang Merah

RESEPI PAU KACANG MERAH

Resepinya
Bahan A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis
2sdb gula pasir
( Satukan semua dlm satu bekas. Kacau dan biarkan 5 – 6minit lebih kurang )

Bhn B
4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
3sdb shortening (sy guna butter..xde stok shortening )
2 sdb susu pekat manis
1 1/2sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)

Caranya
Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. .

Gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10mnt lbh kurang (8mnt pun ok) kemudian.

Peram doh dalam bekas bertutup selama 15-18 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( cth. ..dlm kereta..tempat yang kena cahaya matahari…kalo nak peram dalam rumah pun ok.. …

Uli semula. Bulat-bulatkan. Ambil satu doh masukkan inti dan lapik dengan daun pisang atau kertas.

Dah siap masukkan inti dalam semua doh, peram lagi 18-20 minit jer tau. . (jika pau inti kaya peram 15-18 minit jer)

Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hingga mendidih.

Selamat mencuba

Kredit: Empunya resepi dan gambar

  • Add Your Comment