PIZZA HOMEMADE

pizza Homemade

PIZZA HOMEMADE
non stick pan

Bahan2 doh pizza:

4cwn tpung gndum (blh buat 3 set pizza saiz small).
2 sudu kecil mauripan(yis).
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil susu pekat.
Air suam anggaran 1 cawan

Cara2:
Campur je semua tu kecuali air..
masukkan air sedikit-sedikit
Uli sampai doh tak melekat kat tangan ye
Kalau doh terlebih cair blh tmbh tepung skit2

Dah siap di uli.
kita perap dlm lebih kurang 30 minit..

Bahan2 utk topping
(Letak la apa yang kita suka..janji puas hati nak makan sekeluarga ye
Di sebabkan skita guna pan, lagi sedap kalau goreng dulu kesemua ni kecuali isi ketam ye..

*sosej
*beef paperoni
*meatball
*ketam
Potong siap2..

Topping ke 2…

*lada bulat hijau
*cendawan butang
*bawang holand
*nenas (kalau suka)
Semua hiris nipis2

sos utk di sapukan ke doh..

*prego
*pati tomato..

Sy ske campur kedua2 ni..sbb sdp.masam2.

Sapu margerine di seluruh pan
Letak doh sikit je,lps tu tekan2 dan tarik2 ke tepi..sampai ke hujung pan ye..

Lepas tu dah boleh sapu sos atas doh,rata kan..

Parut cheese mozarella atas sos yg dh di sapu ke atas doh..kikiki..suke hati nak parut bnyk mne ye.

Susun topping semua atas pizza,parut cheese lagi dan tabur sos sikit2 atas sos tadi tu

Guna api kecik ye..lepas tu tutup pan dengan penutup periuk. Jgn bg udara lngsung. Atas blh tindih dgn pemberat seperti batu lesung..hihihi..

Ini dia hasilnya pizza nonstick pan homemade.
Selamat mencuba

 

  • Add Your Comment